Sunday 19 February 2012

Cara Atasi Masalah Kurang Penumpuan ketika Belajar


Ibu bapa dan pelajar-pelajar semua semua, tips ini saya dapati daripada ruangan Skor di Utusan Malaysia. Seringkali apabila ketika kita belajar perasaan dan fikiran akan terfikirkan benda-benda lain hinggakan pelajaran atau buku yang sedang kita baca hilang entah ke mana.

Ini menyebabkan apa yang dipelajari atau diulangkaji sukar untuk kita mengingatinya. Oleh itu di bawah ini ada tip yang boleh diamalkan untuk mengatasi msalah kurang tumpuan ini

  • Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
  • Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
  • Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
  • Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
  • Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
  • Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
  • Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
  • Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
  • Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
  • Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
~ http://www.tutor.com.my/

Tip Cepat Ingat

Banyak perkara atau subjek atau term yang kita kene ingat setiap hari apatah lagi kehidupan seorang yang bergelar pelajar. Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita hendaklah tahu teknik atau kemahiran mengingat. beberapa tips kemahiran mengingat seperti dibawah:

(1) tampal nota-nota penting di dinding. (membantu mengingat melalui proses tak langsung)

(2) Gambar. (cuba tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

(3) Gabungan. ( gabungkan huruf pertama dari kata-kata kunci untuk membentuk perkataan baru.

(4) Kaitkan dengan cerita. ( reka cerita mengenai perkataan atau konsep yang perlu diingati, lagi unik cerita lagi baik)

(5) Pecahkan. (pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil dan analisis secara logik perkaitannya)

~http://www.adap.com.my

Monday 6 February 2012

Online revision

Bimbang kedatangan peperiksaan ? ROZANA SANI mengemukakan menerima bantuan dalam talian dan menawarkan beberapa peperiksaan bersangkutan dikaitkan untuk ibu bapa dan pelajar-pelajar.

1. Secara elektronik meneliti eExam (www.exam.com.my) direka khas untuk Year 4, 5 dan 6 pelajar menyediakan untuk UPSR. Ia mempunyai sebuah buku kerja mesra dan interaktif yang mengandungi Bahasa Malaysia, Inggeris, Matematik , dan mata pelajaran Sains. Satu projek bersama antara Telekom Smart School Sdn Bhd dan W Ilmuworld Sdn Bhd kelima (5WI), ia menyediakan laporan-laporan untuk kemajuan pelajar-pelajar dan memberitahu ibu bapa setiap hari.

2. Mari Belajar (http://maribelajar.forumotion.com /) ialah satu forum yang berbincang topik-topik dari soalan-soalan peperiksaan ke kegiatan sekolah, isu-isu semasa, isu global dan motivasi nasihat-nasihat. Saham ahli-ahli maklumat dan komen-komen serta menawarkan cadangan-cadangan. Mereka terdiri guru-guru dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tahun ini

3. Dapatkan tip UPSR, PMR atau SPM, di laman web ini (http://www.tipsexam.com /) mempunyai sesuatu untuk semua orang. Tip peperiksaan UPSR khusus untuk membenarkan bacaan pelajar-pelajar tip-tip lima jam sebelum peperiksaan. Untuk PMR , terdapat tip-tip peperiksaan terbaru dari di seluruh negara dan tip-tip SPM lebih tumpuan mengenai Sains tertakluk untuk 2010.

4. Sentuhan tuisyen UPSR dalam talian oleh guru-guru, Portal Pendidikan 2010 (http:// www.myupsr.com /) mempunyai kedua-dua percuma dan membayar kandungan kepada pelajar disediakan oleh guru-guru berpengalaman. Terdapat juga laman sembang, blog dan perbincangan-perbincangan motivasi selain tip-tip kepada ibu bapa.

15 Tip Pelajar Cemerlang

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Thursday 2 February 2012

Belajar Dengan Portal e-Learning MyUpsr.com

Mulai tahun 2012, semua kursus-kursus dalam Portal e-Learning myUPSR.com akan diberikan secara PERCUMA. Tidak ada lagi sebarang bayaran yang akan dikenakan, pengguna hanya perlu mendaftar dengan memenuhkan semua ruang yang diperlukan, masukkan email anda yang aktif semasa membuat pendaftaran kemudian buka email anda semula untuk tujuan pengesahan. Sila layari http://www.myupsr.com/ .Selamat belajar

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Daerah Pendang











TARIKH : 30 JANUARI 2012

TEMPAT : DEWAN SK SUNGAI TIANG