Sunday 19 February 2012

Cara Atasi Masalah Kurang Penumpuan ketika Belajar


Ibu bapa dan pelajar-pelajar semua semua, tips ini saya dapati daripada ruangan Skor di Utusan Malaysia. Seringkali apabila ketika kita belajar perasaan dan fikiran akan terfikirkan benda-benda lain hinggakan pelajaran atau buku yang sedang kita baca hilang entah ke mana.

Ini menyebabkan apa yang dipelajari atau diulangkaji sukar untuk kita mengingatinya. Oleh itu di bawah ini ada tip yang boleh diamalkan untuk mengatasi msalah kurang tumpuan ini

  • Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
  • Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
  • Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
  • Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
  • Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
  • Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
  • Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
  • Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
  • Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
  • Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
~ http://www.tutor.com.my/

0 comments:

Post a Comment