Thursday 21 March 2013
Sunday 10 March 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30
12:08 pm
SKST
Khamis,7 Mac 2013 Mesyuarat Agung Pibg kali ke 30 telah diadakan di dewan Sk Sungai Tiang.Kehadiran
ibubapa seramai lebih kurang 352 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini.Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan sekolah.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
Wednesday 6 March 2013
PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU
10:17 am
SKST
Ahad ,3 Mac 2012 Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Bulan Bahasa Melayu mulai 1 hingga 20 Mac.Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh PK Hem Sk Sungai Tiang, Puan Hasnah Binti Ibrahim.Penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara pada masa ini menghadapi kerunsingan kepada pencipta bahasa dan bangsa.Kecelaruan dan kerancuan pemakaian Bahasa Melayu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.Sekolah pula dilihat sebagai agen dalam merealisasikan impian kerajaan untuk memartabatkan kedaulatan Bahasa Melayu.Oleh itu,Bersesuaian dengan kehendak negara ,sudah pasti Bulan Bahasa Melayu yang dirancang ini mampu menjadi proses melestarikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Universal.Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti Pertandingan Bercerita,Pidato,Syair,Sajak,Tulisan Cantik dan Pantun.
9:18 am
SKST
Tanggal 6 Februari 2013,Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang telah mengadakan acara merentas desa di
peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai
Tiang.Acara ini bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30
petang.Majlis ini telah dirasmikan oleh Cikgu Mohamad Sabri Bin Mat Lazim iaitu
Penolong Kanan Ko – kurikulum .
Acara ini
telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu acara merentas desa untuk tahap 1 dan
acara merentas desa untuk tahap 2.Bagi tahap 1 cara merentas desa ini di
bahagikan kepada 3 kategori iaitu acara
merentas desa untuk pelajar tahun 1, acara merentas desa untuk pelajar tahun 2
dan acara merentas desa untuk pelajar tahun 3.Kesemua pemenang acara merentas
desa ini akan dibawa bertanding ke peringkat daerah yang bakal diadakan tidak
lama lagi.
Majlis
penyampaian hadiah bagi kesemua acara ini telah di sempurnakan oleh Cikgu
Nilawati Binti Haji Muhammad dan juga Cikgu Nafisah Binti Ahmad.
Tuesday 5 March 2013
PROGRAM ASPIRASI KEDAH TOP 5
12:05 pm
SKST