Wednesday 6 January 2016

PROGRAM PENDAFTARAN & TRANSISI TAHUN 1 2016


                                                  TARIKH   : 31 DISEMBER 2015
                                                  HARI        : KHAMIS
                                                  MASA      : 8.00 PAGI
                                                  TEMPAT  : DEWAN SKST



Guru kelas menunggu ketibaan pelajar.






Ibubapa bersama pelajar mendengar taklimat daripada guru.






Berbaris menuju ke kelas






Ceramah Pemakanan Sihat oleh Norzaity Emeeza Binti Zahid pegawai Sains Pemakanan






Majlis Penyerahan "My Happy Corner"










Majlis Penyerahan "MY HAPPY CORNER" disempurnakan dengan kehadiran YB. DATO' SURAYA BT. YAACOB. Penyerahan sumbangan bantuan kepada pelajar cemerlang miskin Daerah Pendang.

Majlis Persaraan Puan Hajjah Saleha Binti Ali

Bak Air Yang Mengalir 


Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu, 
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, 
Pada jejak-jejak yang lalu, 
seribu liku! 

Berdiri melihat denai-denai kenangan, 
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, 
Barangkali terdengar nanti, 
Suara bisikan melankolia, 
Ucap salam anak-anak remaja, 
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

 Tiba waktunya untuk menyusun jemari, 
Membuang segala kerikil bersalut di hati, 
yang terkhilaf dimaafi, 
yang sesal diinsafi, 
yang lebih dibahagi, 
yang kurang dilengkapi, 
Agar saat perpisahan ini indah, 
Terlerai segala durja gundah, 
Tersirna cebisan amarah, 
Terurai segala yang bercanggah. 

Bak air yang mengalir, 
Tiba juga kiranya di muara waktu, 
Pasti tersisa kenangan yang terindah, 
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
 Kerana sekali dipanggil guru, 
selamanya pun bergelar guru. 

Selamat tinggal suara-suara ceria, 
Padang perhimpunan dan dewan perkasa, 
Bilik darjah dan anak-anak keletah, 
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, 
Bilik guru dan timbunan buku, 
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

 Selamat tinggal seribu kerenah, 
Datang dan pergi pelbagai wajah, 
Bercampur gembira bersisip gundah, 
Bergema didikan beralas madah, 
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah! 
Selamat datang persaraan, 
Kerana segalanya hanya kesementaraan, 
Melengkapi perjalanan, 
Sebuah kehidupan! 

Bak air yang mengalir, 
Tiba juga kiranya di muara waktu, 
Di sini kami pasti merindu, 
hakikat seorang individu, 
guru penolong kanan satu. 

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
 Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
 Selamat berangkat dalam doa berkat, 
Selamat istirahat dari segala muslihat, 
Selamat bersara dengan senyuman mesra! 
Senyumlah seindah suria, 
Setelah mencurahkan segala-galanya, 
Pasti beroleh keredaan-Nya. 

Bak air yang mengalir, 
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir! 





Puan hajjah Saleha menerima Sambutan yang meriah dari pihak sekolah.









Persembahan nasyid sekolah.




Menerima hadiah dari pelajar-pelajar.

Menerima hadiah dari pihak sekolah









Tanggal 18 Setember 2015 merupakan satu hari yang bersejarah untuk warga SK Sungai Tiang .
Hari terakhir untuk Puan Hajjah Saleha Binti Ali kerana beliau telah genap umur 56 tahun dan akan bersara dari jawatan di perkhidmatan awam.

Begitulah kisah beliau yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 26 tahun.
Kami warga SK Sungai Tiang mengucapkan terima kasih kerana mendapat banyak pengalaman yang amat berharga.