SEJARAH SKST

Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang telah ditubuhkan pada tahun 1960. Bangunan ini telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk atau peneroka-peneroka Felda dan bangunan ini ditempatkan di kawasan blok B. Kumpulan pertama murid-murid yang berdaftar ialah seramai 328 orang. Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Hassan bin Hj.Osman. Pada April 1961, sebuah lagi bangunan sekolah baru telah dibina. Empat buah rumah guru yang berkembar telah dibina di kawasan blok A. Pada tahun 1963, dua buah bangunan sekolah baru telah dibina di kawasan blok A dan dua buah bangunan yang sama juga telah dibina di kawasan blok B bagi menggantikan bangunan lama yang dbina secara gotong-royong dahulu. Pada tahun 1967, sekolah ini telah memperkenalkan dua aliran pembelajaran. Sekolah A menggunakan penghantar Bahasa Inggeris dan di sekolah B pula menggunakan penghantar Bahasa Melayu sehinggalah pada tahun 1975 apabila penghantar Bahasa Inggeris ditamatkan. Pada tahun 2001, tiga blok rumah guru (60 unit) telah dibina di kawasan blok B bagi menggantikan rumah-rumah guru yang lama. Pada rahun 2002, sebuah lagi bangunan sekolah tambahan (4 tingkat) telah didirikan di kawasan blok A lengkap dengan pejabat, bilik-bilik pentadbiran dan lain-lain bilik khas.

 Bangunan sekolah  pada Tahun 70an



Bangunan sekolah sekarang





BENDERA 





VISI                                                  

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI                                                 

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI




LAGU SKST KEBANGGAAN KU

Majulah Sekolahku Maju
SKST Kebanggaanku
Di Sini Kami Dididik
Menjadi Anak Bangsa Mulia
Di Sini Kami Berjanji
Sempurnakan Harapan Ibu Ayah

Suasana Sungguh Indahnya
Kebersihan Diutama
Segala Bidang Kami Perjuangkan
Semoga SKST Kepuncak Jaya

                    Korus:
Marilah Kita Semua
Berganding Bahu Harumkan Nama
Satu Tujuan Satu Cita-cita
Membentuk Bangsa Yang Berjaya

Berilmu,Berdisiplin,Berbakti
Lambang Perjuangan Kami Semua
Semarak Dijantung Kalbu
SKST Kebanggaanku
SKST Kebanggaanku
SKST Kebanggaanku