Sunday, 10 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30



Khamis,7 Mac 2013 Mesyuarat Agung Pibg kali ke 30 telah diadakan di dewan Sk Sungai Tiang.Kehadiran  
ibubapa seramai lebih kurang 352 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini.Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan sekolah.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.













SAMBUTAN HARIJADI BULAN JANUARI















Wednesday, 6 March 2013

PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU


Ahad ,3 Mac 2012 Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Bulan Bahasa Melayu mulai 1 hingga 20 Mac.Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh PK Hem Sk Sungai Tiang, Puan Hasnah Binti Ibrahim.Penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara pada masa ini menghadapi kerunsingan kepada pencipta bahasa dan bangsa.Kecelaruan dan kerancuan pemakaian Bahasa Melayu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.Sekolah pula dilihat sebagai agen dalam merealisasikan impian kerajaan untuk memartabatkan kedaulatan Bahasa Melayu.Oleh itu,Bersesuaian dengan kehendak negara ,sudah pasti Bulan Bahasa Melayu yang dirancang ini mampu menjadi proses melestarikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Universal.Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti Pertandingan Bercerita,Pidato,Syair,Sajak,Tulisan Cantik dan Pantun.







Tanggal 6 Februari 2013,Sekolah Kebangsaan Sungai  Tiang telah mengadakan acara merentas desa di peringkat  Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang.Acara ini bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang.Majlis ini telah dirasmikan oleh Cikgu Mohamad Sabri Bin Mat Lazim iaitu Penolong Kanan Ko – kurikulum .
      Acara ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu acara merentas desa untuk tahap 1 dan acara merentas desa untuk tahap 2.Bagi tahap 1 cara merentas desa ini di bahagikan kepada  3 kategori iaitu acara merentas desa untuk pelajar tahun 1, acara merentas desa untuk pelajar tahun 2 dan acara merentas desa untuk pelajar tahun 3.Kesemua pemenang acara merentas desa ini akan dibawa bertanding ke peringkat daerah yang bakal diadakan tidak lama lagi.
      Majlis penyampaian hadiah bagi kesemua acara ini telah di sempurnakan oleh Cikgu Nilawati Binti Haji Muhammad dan juga Cikgu Nafisah Binti Ahmad.


Tuesday, 5 March 2013

PROGRAM ASPIRASI KEDAH TOP 5


Selasa,19 Februari 2013 Program Aspirasi Kedah Top 5 -Sarana IbuBapa telah diadakan di dewan Sk Sungai Tiang.Aturcara program yang dijalankan adalah Pendaftaran Waris,Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Transformasi Pendidikan,Bacaan doa,Ucapan Aluan GuruBesar ,Ucaptama oleh Tuan Haji Mohd Roslan bin Ismail PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PENDANG dan Ceramah Motivasi oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Din





















Tuesday, 19 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013






Khamis,31 Januari 2013  Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".Aturcara program dimulakan dengan Taklimat Perarakan oleh cikgu Azmi .Sejurus selepas itu program diteruskan dengan Perarakan sambil berselawat di sekitar Felda Sungai Tiang sehingga jam 9.30 pagi.Majlis diteruskan dengan tayangan video dan selawat di dewan skst.Persembahan murid dan ceramah Maulidur Rasul oleh  Ustaz Muslim bin Balya selepas waktu rehat.Turut diadakan pertandingan menghasilkan sepanduk dan kuiz Maulidur Rasul .Sempena Sambutan ini juga turut diadakan pertandingan mewarna untuk Murid-Murid bukan Islam. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.Walaubagaimanapun keputusannya, objektif yang paling penting ialah dapat mencontohi sejarah perjuangan Rasulullah sebagai motivasi dan anjakan minda untuk menjadi insan berperibadi mulia dan berketrampilan serta dapat memupuk sifat cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan berselawat ketika berarak.Diharapkan semoga majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mencapai objektif yang diharapkan dan memberi impak yang positif kepada semua pihak.




                                                                    




Tuesday, 5 February 2013

Mendengar,Membaca,Menghayati AL-Quran secara online


Di zaman teknologi maklumat seperti internet,  terdapat begitu banyak bahan yang  berkaitan dengan Al-Quran yang kita boleh dapati secara mudah dan percuma.DIsini terdapat  beberapa sumber yang berkaitan dengan Al-Quran yang boleh dimanafatkan bersama. 
Laman web ini mempaparkan tafsiran dalam bahasa Melayu mengikut surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Setiap tafsiran di dalam satu surah ditafsirkan mengikut bilangan ayat-ayat yang tertentu di dalam surah tertentu. Sebagai contoh Surah Al-fatihah terdapat 7 ayat, maka setiap ayat ditafsirkan berasingan dari ayat 1 hingga ayat 7. Ini memudahkan kita mencari tafsiran untuk sesuatu ayat di dalam sesuatu surah. Bagi mereka yang tidak mempunyai buku atau Alquran yang mempunyai tafsiran, laman ini menyediakan carian tafsiran yang mudah dan pantas. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak mahu atau malas mencari tafsiran sesuatu ayat Al Quran.
Al-Quran boleh diperdengarkan dari pelbagai Qari-qari yang terkenal dan disegani. Malahan setiap ayat yang diperdengarkan, dipersembahkan dalam kualiti audio yang amat baik dan jelas, tidak seperti kebanyakkan laman web lain yang biasanya dalam kualiti yang rendah dan kurang jelas. Malahan laman laman web ini membenarkan untuk kita download semua ayat di dalam Alquran (dalam format mp3) pada kualiti yang tinggi serta pantas.
Untuk mendengar dan memuat turun audio Al-Quran, pergi menu Top Reciter dan pilih Qari pilihan kita. Dari situ kita akan dibawa ke senarai surah-surah Al-Quran. Di sini kita boleh meilih mendengar secara online dan memuat turun surah-surah yang tersenarai. Audio surah-surah Al Quran ini boleh di mainkan di komputer atau dimainkan pada alat-alat yang boleh memainkan audio format mp3..
Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook, anda boleh mengunjungi atau “Like” Fan Page Kempen Jom Mengaji. Ini kerana di dalam Kempen Jom mengaji disediakan satu Applikasi Al-Quran yang sangat baik dan menarik. Di dalam aplikasi ini kita boleh mendengar bacaan Al-Quran untuk setiap surah serta tafsiran dalam pelbagai bahasa (termasuk bahasa Melayu). Seperti laman web yang saya nyatakan di atas, aplikasi AlQuran ini juga menawarkan kualiti audio yang sangat baik serta mesra pengguna. 
Di laman ini anda boleh membaca Al- Quran beserta tafsiran dari pelbagai bahasa seperti bahasa melayu,korean,German dan sebagainya.Terdapat juga laman Audio yang boleh didengari dan muat turun dalam format mp3.