Tuesday 5 February 2013

Mendengar,Membaca,Menghayati AL-Quran secara online


Di zaman teknologi maklumat seperti internet,  terdapat begitu banyak bahan yang  berkaitan dengan Al-Quran yang kita boleh dapati secara mudah dan percuma.DIsini terdapat  beberapa sumber yang berkaitan dengan Al-Quran yang boleh dimanafatkan bersama. 
Laman web ini mempaparkan tafsiran dalam bahasa Melayu mengikut surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Setiap tafsiran di dalam satu surah ditafsirkan mengikut bilangan ayat-ayat yang tertentu di dalam surah tertentu. Sebagai contoh Surah Al-fatihah terdapat 7 ayat, maka setiap ayat ditafsirkan berasingan dari ayat 1 hingga ayat 7. Ini memudahkan kita mencari tafsiran untuk sesuatu ayat di dalam sesuatu surah. Bagi mereka yang tidak mempunyai buku atau Alquran yang mempunyai tafsiran, laman ini menyediakan carian tafsiran yang mudah dan pantas. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak mahu atau malas mencari tafsiran sesuatu ayat Al Quran.
Al-Quran boleh diperdengarkan dari pelbagai Qari-qari yang terkenal dan disegani. Malahan setiap ayat yang diperdengarkan, dipersembahkan dalam kualiti audio yang amat baik dan jelas, tidak seperti kebanyakkan laman web lain yang biasanya dalam kualiti yang rendah dan kurang jelas. Malahan laman laman web ini membenarkan untuk kita download semua ayat di dalam Alquran (dalam format mp3) pada kualiti yang tinggi serta pantas.
Untuk mendengar dan memuat turun audio Al-Quran, pergi menu Top Reciter dan pilih Qari pilihan kita. Dari situ kita akan dibawa ke senarai surah-surah Al-Quran. Di sini kita boleh meilih mendengar secara online dan memuat turun surah-surah yang tersenarai. Audio surah-surah Al Quran ini boleh di mainkan di komputer atau dimainkan pada alat-alat yang boleh memainkan audio format mp3..
Sekiranya anda mempunyai akaun Facebook, anda boleh mengunjungi atau “Like” Fan Page Kempen Jom Mengaji. Ini kerana di dalam Kempen Jom mengaji disediakan satu Applikasi Al-Quran yang sangat baik dan menarik. Di dalam aplikasi ini kita boleh mendengar bacaan Al-Quran untuk setiap surah serta tafsiran dalam pelbagai bahasa (termasuk bahasa Melayu). Seperti laman web yang saya nyatakan di atas, aplikasi AlQuran ini juga menawarkan kualiti audio yang sangat baik serta mesra pengguna. 
Di laman ini anda boleh membaca Al- Quran beserta tafsiran dari pelbagai bahasa seperti bahasa melayu,korean,German dan sebagainya.Terdapat juga laman Audio yang boleh didengari dan muat turun dalam format mp3.



0 comments:

Post a Comment