Wednesday 10 February 2016

HARI MERENTAS DESA SKST

 Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang telah mengadakan  aktiviti Merentas Desa 2016. Pada hari Selasa bersamaan02  Februari  2016, telah diadakan larian merentas desa  yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian murid yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan.
Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.
Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 8.00 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh guru besar sekolah Encik Badrul Sharar Bin Abdul Wahab ,kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan "Check point" yang dijaga oleh guru yang terlibat.
Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.
Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak  larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepadamurid. Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.





























0 comments:

Post a Comment